Monday, April 18, 2011

T-shirt Muslimah

Perhatian....perhatian semua......cantik tak? Baju, bukan orangnyer....maklumla, manusia ni hidup tak pernah cukup.... ape pun tak cukup...nak beli make up tak cukup, nak beli makanan diet mahal tau....so, nak la cari duit tambahan.....hasilnyer, t shirt muslimah jadi pilihan.....menarik design-design nyer...pilihla, kalau berkenan, boleh la beli......

Thursday, July 2, 2009

Majlis pernikahan


Majlis pernikahan yang sederhana dilangsungkan di masjid Research, Jerantut, Pahang. 14 hb bukanlah tarikh sebenar yang dirancang. Allah maha berkuasa. Tarikh yang asalnya dirancang pada tahun hadapannya telah dipercepatkan atas pelbagai sebab. Rupa-rupanya Abah dah nak pergi...sebab tu rancangan perkahwinan diubah oleh yg Maha Mengetahui.
Sempatlah Abah menikahkan kami namun Abah tak sempat melihat cucunya dyra. Semuanya berjalan dengan lancar, tetamu ramai yg hadir. Arwah Abah ramai kenalan, dia banyak berbudi, sebab tu kenduri tak boleh buat sikit2. Pasti tak cukup makanan.
Tukang masak import dari Muar sentiasa get ready kalau makanan dah nak abis. Tak sia2 Abah amik dia masak, semua memuji, nasi jagung, nasi beriyani, semuanya menyelerakan. Januari tahun 2003, Abah pergi meninggalkan kami. Masa tu tengah preggy 2 bulan. Teruk juga nak control, meraung yang tak leh nak benti tu.....lama jugak nak lega, beberapa tahun, kalau tak, tak boleh langsung sebut nama Abah, mesti nak meraung. sekarang, dah dapat terima hakikat. Abah pergi meninggalkan anak2 yang sentiasa mendoakan nya....amin......
Ok lah, kita lupa kan sebentar kesedihan ini, kita pergi kepada kegembiraan. Mak sekarang nampak bahgia dengan life, selalu jugak shopping, astro adalah temannya..... ibadat sentiasa di sisinya..... oleh kerana sibuk dengan anak2, jarang dapat berbual2 dengan mak. kalau dapat pun time masak sama2 kat dapur, masa kitchen hood tengah memekak, masa tu nakla citer macam2.
Mak, ampun kan segala doa Zura mak. Restu la Zura, doakan Zura..... Saaaaayang mak.....Ape yang mak tengah risaukan sekarang ni, anak dara dia sorang tu yang masih belum bertemu jodohnya. Zura pun risau mak. dah cuba pesan2 kat memember, kalau ade sape2, boleh la kenal2 kan.....Ya Allah, percepatkanlan jodoh adikku sorang ni......amin.....

Tuesday, June 30, 2009

saaaayang anak-anak mama

Camne la nak betulkan foto ni...terbalik la plakkk....almaklumlah, saya budak baru blajar....

Tuesday, April 21, 2009


Kehidupan ini penuh bermakna dengan kehadiran putera dan puteri-puteriku. Bersyukur ke hadrat Ilahi.... sesungguhnya hamba Mu ini sangat daif dalam memohon kepada MU. Namun, Kau tetap memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga.

Apa yang penting...kerjasama.... ya..itulah yang paling penting dalam membina kehidupan yang lebih bermakna. mama tolong papa, papa tolong mama....betul tak? betul betul betul......

my loving husband's birthday

Buat abang tercinta,
Sayang menerima apa seadanya,
mungkin keluarga yang sederahana itu
lebih memberi kebahgiaan pada kita
Sayang bangga dengan Abang
segala kelengkapan abang mampu sediakan
Sayang mohon maaf jika Sayang boros
biasalah wanita, ops..terlebih sudah
ampunkan sayang, halalkan makan minum sayang

Selamat HAri Lahir......Sayang doakan semua yang terbaik buat abang...